Sunday, September 2, 2012
Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih
Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru.
Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru.
Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada ‘sistem terbuka’ bagi menambah sumber guru terlatih.
Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah.
Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan. Tawaran Baru untuk Semua Guru bagi meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini.
Thursday, June 21, 2012
ISTIADAT KONVOKESYEN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SIRI KE-2 2012
Tarikh : 10 hingga 13 Julai 2012
Pendaftaran & Raptai : 9 Julai 2012
Kumpulan yang terlibat :
Friday, June 8, 2012
Tuesday, May 1, 2012
Semakan Keputusan Panggilan Temuduga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012
Institut pendidikan guru tambah pengambilan kepada 4,000 Julai ini
Rektor IPGM Datuk Dr Haili Dolhan berkata mereka yang layak akan menerima surat tawaran pada Jun ini untuk mendaftar di 26 buah IPGM di seluruh negara.
Pertambahan calon bagi mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan itu dijangka dapat mengatasi masalah kekurangan guru dalam tempoh dua tahun dari sekarang, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
"Buat masa ini, terdapat 53,000 pelatih guru yang mengikuti pengajian dalam dan luar kampus sama ada di peringkat diploma mahupun kursus semasa cuti yang dijangka dapat memenuhi keperluan dalam negara," katanya.
Mengulas lanjut, Haili berkata setakat ini masalah kekurangan guru dihadapi khususnya di Sabah dan Sarawak.
Mengulas isu berbeza, Haili berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan mengenai pembabitan pelatih guru dari IPGM dalam perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang di ibu kota pada Sabtu lepas.
Jika ada, pelatih berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin termasuk dibuang daripada institusi selaras dengan peruntukan undang-undang, katanya. - Bernama
Sunday, April 22, 2012
Klik di sini http://ipgkkb.edu.my/ssm.jpg
Friday, April 13, 2012
Saturday, April 7, 2012
Saturday, March 31, 2012
Thursday, March 29, 2012
Tarikh : 7 April 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00pg
Tempat : Dataran HEP dan Dewan Wawasan
Penyerahan akan diberi oleh Mentor masing2..
Harap Maklum..
Tarikh : 7-8 April 2012
Masa : 8.00-5.00ptg
Tempat : Dataran Ilmu 1 dan 2, Dewan Bakti
Berbelanjalah dgn membeli buku2 yg berfaedah utk anda, sbg rujukan dlm kerja kursus dan kajian penyelidikan...
Wednesday, March 28, 2012
Voucher Buku 1 Malaysia
Monday, March 12, 2012
Saturday, March 10, 2012
Thursday, March 1, 2012
Wednesday, February 29, 2012
Makluman Penempatan Semula IPG Bagi Pelajar Program KPLI-SR JQAF Ambilan Jan/Feb 2012
Pelajar KPLI-SR j-QAF Ambilan Jan/Feb 2012, yang telah mendaftar di IPGK Semenanjung dan mendapat penempatan di sekolah Sabah atau Sarawak akan meneruskan latihan/interaksi di IPG Kampus Sabah atau Sarawak (mulai latihan/interaksi pada bulan Mac 2012).
Sila semak laman web KPM mulai 5 Mac 2012 untuk mengetahui kampus penempatan Tuan/Puan. Latihan/Interaksi pertama akan bermula pada 12 Mac 2012 (Isnin). klik di sini
Tuesday, February 28, 2012
ISTIADAT KONVOKESYEN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KALI KE-2 (PISMP Amb. JAN 2008)
Tahniah diucapkan kepada semua Graduan IPG Kampus Kota Bharu PISMP Amb. JAN 2008. Maklumat berkaitan dengan Istiadat Konvokesyen tersebut adalah seperti berikut :
Tarikh : 12 hingga 14 Mac 2012
Tempat : Dewan Perdana, PICC, Putrajaya.
Kumpulan yang terlibat : PISMP Ambilan Januari 2008 (99 lulusan)
Friday, February 24, 2012
11 April hari Kelepasan Am Tambahan

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan dalam satu kenyataannya berkata pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan Am 1951 atau Akta 369 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan negeri berkenaan mengikut undang-undang negeri masing-masing.
Dua acara utama akan diadakan sempena Pertabalan Yang Di Pertuan Agong iaitu istiadat pertabalan pada sebelah pagi.
Dan majlis santapan diraja pada sebelah malam kedua-duanya di Istana Negara, Jalan Duta.
Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong ke-14, pada 13 Disember lalu menggantikan Sultan Mizan Zainal Zbidin yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011.
Wednesday, February 22, 2012
UCAPAN PENGHARGAAN
Pihak IPGKKB ingin mengucapkan tahniah kepada beberapa orang pensyarah kita yang telah mendapat kenaikan pangkat sbg "Pensyarah Cemerlang". Semoga dgn kenaikan pangkat tersebut akan menyemarakkan lagi kerja dan bertambah semangat dalam mendidik anak2 bangsa ini dan menjadi pendorong kpd rakan2 pensyarah yg lain... InsyaAllah..
Monday, February 20, 2012
MAKLUMAT KURSUS DALAM CUTI (KDC) BAGI SESI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MAC 2012
1. JQAF 2012, PGSR 09, KDPM SABK- 11-15 Mac 2012
2. PGSR 08, Pra Kemas 09,10, 11- 11-16 Mac 2012.
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Bagi yg memerlukan kereta sewa pandu, sila hub. @ sms : 0129556569
Saturday, February 18, 2012
Sistem pendidikan negara harus pentingkan kualiti - TPM
GEORGETOWN 18 Feb. - Kualiti pendidikan harus dipertingkat seiring perkembangan ilmu dan teknologi bagi melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata cabaran yang harus dipikul kini adalah meningkatkan aspek kualiti pendidikan negara.
Beliau berkata, aspek itu adalah satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan negara dan ia harus dipandang serius.
"Kami (kerajaan) telah membentuk satu pasukan petugas bagi mengkaji pelbagai perkara berkaitan bidang pendidikan dan kokurikulum, Laporan Razak serta Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI),” katanya dalam ucapan perasmian majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Pulau Pinang hari ini.
Muhyiddin berkata, cabaran yang ada kini harus dipikul semua pihak, terutama warga pendidik, dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara.
"Saya akui ini cabaran utama kerana masih banyak yang perlu dilakukan supaya matlamat negara untuk menjadi negara maju dapat dicapai,” katanya. - BERNAMA
Thursday, February 16, 2012
Perhatian Tarikh PBS bagi pelajar PISMP Sem 1 ialah:
a) 4-8 Mac 2012 di negeri yang bermulanya persekolahan hari Ahad
b) 5-9 Mac 2012 di negeri yang bermulanya persekolahan hari Isnin
Cuti Pertengahan Semester
10 - 18 Mac 2012
Interaksi Kuliah
19 Mac 2012
P/S:
a) Pastikan tiket sudah di booking awal2 @ sekarang untuk mengelakkan kekecewaan bagi yang pulang menaiki BUS, FLIGHT..dan sama waktu dengannya.
Tiket cepat habis di Kelantan, terutama pada msa cuti sekolah.
b) Pastikan Tarikh untuk tiket pulang sebelum tarikh Kuliah bermula.. Kelewatan anda, menyebabkan kerugian jam kredit dan kuliah, tindakan HEP, dan lain2 yang dirasakan perlu..
c) Bagi yang pulang menaiki kenderaan sendiri, (moto, kreta) Servis dahulu kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan.
Harap Maklum..
Tuesday, February 14, 2012
Sistem pendidikan sentiasa dikaji dan ditambah baik
JITRA 14 Feb. — Sistem pendidikan perlu sentiasa dikaji dan melalui proses penambahbaikan seiring perkembangan ilmu dan teknoloji bagi melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, guru sebagai barisan hadapan untuk mencapai matlamat itu mempunyai peranan dan tanggungjawab besar mendidik dan melahirkan tenaga manusia berilmu dan mahir dalam pelbagai bidang.
“Kerajaan mengkaji pelbagai perkara berkaitan bidang pendidikan dan ko-kurikulum, Laporan Razak, Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) termasuk memanjangkan latihan untuk guru dan pengambilan guru bahasa Inggeris dari negara penutur jati bahasa itu.
"Setiap perubahan bertujuan menambah baik mutu pengajaran dan bidang pendidikan kerana ia perkara pokok bagi Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020,” katanya semasa menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Kedah dan Perlis’ di Dewan Wawasan di sini, hari ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan sentiasa mengkaji pencapaian sistem pendidikan untuk melihat pencapaian dan keberkesanannya. — BERNAMA
Friday, February 10, 2012
Wednesday, February 8, 2012
Kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua guru KPLI JQAF ambilan 2012 yang telah berjaya melalui minggu pengurusan selama 2 minggu dgn lancar dan jayanya...
Tahniah juga diucapkan kerana anda telah berjaya mendapat surat penempatan di Kelantan, Johor, Pahang Terengganu dll negeri...
Selamat bertugas dgn penuh tanggungjawab dan amanah... Jumpa lagi pada KDC akan datang...
Popular Posts
-
PELAJAR-PELAJAR BOLEH PRINT SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MELALUI WEBSITE: www.upenipgkkb.edu.my BUKANNYA WEBSITE: www.ipgkkb.u...
-
Pelajar-pelajar PPG Sem 1 Ambilan Jun 2011 boleh mencetak Slip Keputusan Peperiksaan melalui website www.upenipgkkb.edu.my. Pelajar-p...
-
(KPLI(SR) Sepenuh Masa Ambilan Jun 2010 dan Januari 2011, KPLI (SR) j-QAF LPBS Ambilan Januari 2011, KPLI-KDC-SABK Ambilan November ...
-
PADA masa ini, guru pelatih Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tan...
-
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Keputusan Panggilan Temuduga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kep...
-
1. Interaksi pertama - 7hb Januari 2012 (Sabtu) 2. Taklimat oleh Pengarah IPGK Kota Bharu - pukul 8.00-9.00 pagi di Dewan Wawasan ...
-
Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada tuan/puan kerana ditawarkan untuk mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu...
-
Surat pelepasan dan maklumat tentang KDC Mac 2012 adalah seperti berikut: 1. JQAF 2012, PGSR 09, KDPM SABK- 11-15 Mac 2012 2. PGSR 08, Pra...
-
Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada saudara/saudari kerana ditawarkan untuk mengikuti kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguru...
-
Tahniah diucapkan kepada semua Graduan IPG Kampus Kota Bharu PISMP Amb. JAN 2008. Maklumat berkaitan dengan Istiadat Konvokesyen terseb...
