Friday, December 30, 2011

INFO TERKINI DARIPADA DR NORIATI RASHID

"Induksi DPLI 3 sem n PPISMP utk ambilan jan 2012 bg GSTT Akan diadakan pd 12/1/2012 di IPG KB utk IPG KB, SM, DRI, SAH n DA. manakala IPGK yg bekerja pd hari jumaat induksi Akan diadakan serentak ikut zon pd 13/1/2012 iaitu di TB, Teknik, Melaka, Bt Lintang n Kent. Bg PPISMP mrk Ada kursus tambahan sebanyak 30 jam setiap Sem, pd Sem 1 Ada BM Komunikatif, bererti Ada 2 jam xtra di luar struktur KUR PPISMP. Skema pnp Akan digubal pd 9-10/1 di Beb IPGK. jd pd waktu induksi rancgn sem, skema n proforma Akan diedarksn dlm bentuk cd. HARAP dpt bg tahu kwn2 Krn Surat Akan menyusul mgu dpn. Tk "

Pendaftaran Pelajar Baharu PISMP Semester 1 (Ambilan Januari 2012)

Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada saudara/saudari kerana ditawarkan untuk mengikuti kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan. Sila ambil perhatian/tindakan tentang perkara berikut. Perisian Acrobat Reader diperlukan untuk membuka dokumen tertentu.

Tarikh : 3 Januari 2012 (Selasa)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Wawasan, IPG Kampus Kota Bharu.

Minggu Pengurusan : 3 - 4 Januari 2012

Daripada :

Pengarah dan warga IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan.

Maklumat-maklumat Lain Yang Perlu Di ambil Perhatian Semasa Pendaftaran

·Surat Panggilan - (bagi pelajar yang tidak mendapat surat tawaran panggilan)

·Senarai Nama Pelajar PISMP Semester 1 Ambilan Januari 2012

Jadual Minggu Pengurusan PISMP Semester 1 Ambilan Januari 2012 (Tertakluk kepada perubahan)

· Saudara/saudari dinasihatkan membuat persediaan yang rapi untuk pendaftaran tersebut : -

· Rupadiri mencerminkan sebagai seorang pendidik

· Pakaian hendaklah seperti ketetapan di dalam peraturan Institut.

· Sila maklumkan kepada rakan-rakan sekiranya terdapat kelewatan surat panggilan supaya melayari laman web ini serta melapor diri pada tarikh yang telah ditetapkan.

· Saudara/saudari dikehendaki menyemak keputusan peperiksaan PPISMP Semester 3 untuk mengetahui status kelayakan meneruskan pengajian di peringkat ijazah. (Sila rujuk papan kenyataan Unit Penilaian dan Peperiksaan semasa hari pendaftaran atau rujuk pegawai UPEN untuk sebarang pertanyaan)


Perhubungan

Jika ada kemusykilan sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Kota Bharu di talian :

· 09-7717716 (Pn. Milah bt. Shukeri atau Pn. Norhasnilam bt. Mat Amin)

· 09-7717705 / 019-9836300 (En. Abd. Khabir bin Mat Dahang - Ketua Jabatan HEP)

· 09-7717748 (Unit Penilaian dan Peperiksaan)

Thursday, December 29, 2011

Isu SBPA: JPA-CEUPACS capai persetujuan

PUTRAJAYA 28 Dis. – Isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selesai sepenuhnya apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, majlis menandatangani MoU itu yang berlangsung hari ini berjalan lancar dengan disaksikan pengurusan tertinggi kedua-dua pihak.

‘‘JPA dan CUEPACS akan meneruskan perbincangan berhubung perkara-perkara umum yang berbangkit secara berkala setiap tiga bulan untuk dilaksanakan sekiranya sesuai.

‘‘Sebagai contoh, isu CUEPACS mahu kelayakan masuk perkhidmatan awam bagi mereka yang berkelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dinaikkan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, CUEPACS mencadangkan agar kelayakan minimum untuk menyertai perkhidmatan awam dinaikkan kerana beranggapan PMR sudah tidak lagi sesuai.

Abu Bakar berkata, bagi perkara-perkara yang hendak dilaksanakan tetapi melibatkan peruntukan kewangan akan dibentangkan kepada kerajaan terlebih dahulu untuk pertimbangan.

‘‘CUEPACS setuju opsyen SBPA dilanjutkan sehingga 15 Januari kerana masih ramai yang belum menerima borang memandangkan ia perlu diedarkan ke seluruh negara termasuk kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara,’’ katanya.

Popular Posts