Friday, December 30, 2011

Pendaftaran Pelajar Baharu PISMP Semester 1 (Ambilan Januari 2012)

Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada saudara/saudari kerana ditawarkan untuk mengikuti kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan. Sila ambil perhatian/tindakan tentang perkara berikut. Perisian Acrobat Reader diperlukan untuk membuka dokumen tertentu.

Tarikh : 3 Januari 2012 (Selasa)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Wawasan, IPG Kampus Kota Bharu.

Minggu Pengurusan : 3 - 4 Januari 2012

Daripada :

Pengarah dan warga IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan.

Maklumat-maklumat Lain Yang Perlu Di ambil Perhatian Semasa Pendaftaran

·Surat Panggilan - (bagi pelajar yang tidak mendapat surat tawaran panggilan)

·Senarai Nama Pelajar PISMP Semester 1 Ambilan Januari 2012

Jadual Minggu Pengurusan PISMP Semester 1 Ambilan Januari 2012 (Tertakluk kepada perubahan)

· Saudara/saudari dinasihatkan membuat persediaan yang rapi untuk pendaftaran tersebut : -

· Rupadiri mencerminkan sebagai seorang pendidik

· Pakaian hendaklah seperti ketetapan di dalam peraturan Institut.

· Sila maklumkan kepada rakan-rakan sekiranya terdapat kelewatan surat panggilan supaya melayari laman web ini serta melapor diri pada tarikh yang telah ditetapkan.

· Saudara/saudari dikehendaki menyemak keputusan peperiksaan PPISMP Semester 3 untuk mengetahui status kelayakan meneruskan pengajian di peringkat ijazah. (Sila rujuk papan kenyataan Unit Penilaian dan Peperiksaan semasa hari pendaftaran atau rujuk pegawai UPEN untuk sebarang pertanyaan)


Perhubungan

Jika ada kemusykilan sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Kota Bharu di talian :

· 09-7717716 (Pn. Milah bt. Shukeri atau Pn. Norhasnilam bt. Mat Amin)

· 09-7717705 / 019-9836300 (En. Abd. Khabir bin Mat Dahang - Ketua Jabatan HEP)

· 09-7717748 (Unit Penilaian dan Peperiksaan)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts