Saturday, February 18, 2012

Sistem pendidikan negara harus pentingkan kualiti - TPM

GEORGETOWN 18 Feb. - Kualiti pendidikan harus dipertingkat seiring perkembangan ilmu dan teknologi bagi melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata cabaran yang harus dipikul kini adalah meningkatkan aspek kualiti pendidikan negara.

Beliau berkata, aspek itu adalah satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan negara dan ia harus dipandang serius.

"Kami (kerajaan) telah membentuk satu pasukan petugas bagi mengkaji pelbagai perkara berkaitan bidang pendidikan dan kokurikulum, Laporan Razak serta Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI),” katanya dalam ucapan perasmian majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Pulau Pinang hari ini.

Muhyiddin berkata, cabaran yang ada kini harus dipikul semua pihak, terutama warga pendidik, dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara.

"Saya akui ini cabaran utama kerana masih banyak yang perlu dilakukan supaya matlamat negara untuk menjadi negara maju dapat dicapai,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Popular Posts